Home Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan
Menu Utama
Home
Hubungi Kami
Video Pilihan
Perhubungan
Wanita Negeri
Pemuda Negeri
Puteri Negeri
Alamat Bahagian
TERKINI
Keputusan
Program Juara Rakyat
Senarai Bahagian
Rembau
K. Pilah
Seremban
Teluk Kemang
Tampin
Jempol
Jelebu
Rasah
Pautan
Keahlian Online
Daftar Pemilih SPR
Blog Puteri Rembau
N9KINI
Login Form





Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Syndicate
 
Ahli, pemimpin BN jangan sabotaj calon di PRU13 - PM
Ditulis oleh Perhubungan   
Friday, 21 October 2011
Image
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi mesej yang cukup jelas kepada ahli serta pemim pin-pemimpin Barisan Nasional (BN) di semua peringkat supaya ti dak mensabotaj calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Tegas Perdana Menteri, situasi itu kerap berlaku kepada bekas wa kil rakyat atau mereka yang dise but-sebut menjadi calon tetapi tidak dipilih sebagai calon BN pada pi lihan raya tersebut.

Beliau mengakui isu itu agak menggusarkan kerana ia berkait ra pat persediaan jentera BN memas tikan langkah mengetengahkan ca lon boleh menang diterima oleh se mua pihak.

''Saya tidak khuatir dari segi per sediaan fizikal dan saya juga tidak khuatir tentang ilmu dalam usaha kita mengatur strategi bagi meme nangi pilihan raya.

''Apa yang sedikit gusar ialah me ngenai sikap. Adakah kita mene rima keputusan pucuk pimpinan untuk ketengahkan calon yang bo leh menang? Inilah persoalannya.

''Bila kita berkonvensyen dalam dewan ini semangat kita berko bar-kobar untuk memenangkan parti tetapi apabila berada di pe ringkat bahagian, ia tidak serupa.

''Apabila kita pergi ke peringkat peti undi ia juga tidak serupa. Se patutnya mesej konvensyen ini di terjemahkan sehingga ke akar um bi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional 2011 peringkat Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MIC, Datuk G. Palanivel serta lebih 1,500 ahli-ahli BN.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, apa yang dibangkitkannya itu adalah hakikat yang berlaku da lam dunia politik.

Beliau kemudian berkongsi kisah seorang Setiausaha UMNO bahagian tidak terpilih sebagai calon pilihan raya kecil.

''Pukul 10 malam (semasa kem pen) rumah sudah gelap gelita,'' katanya sambil menambah kisah kedua pula berlaku ketika pilihan raya negeri Sarawak.

''Seorang bekas wakil rakyat ti dak tercalon lalu dia melarikan diri. Jika ke Kuala Lumpur tidaklah jauh sangat, sekiranya ke Jakarta kita pun fahamlah tetapi dia lari sampai ke London," ujarnya.

Di London Perdana Menteri ber kata, bekas wakil rakyat tersebut mematikan telefon bimbitnya ke rana tidak mahu dihubungi oleh sesiapa.

''Saya sendiri menghubungi be kas wakil rakyat ini beberapa kali tetapi gagal. Akhirnya kita menga tur strategi dan akhirnya kawasan yang ditinggalkan bekas wakil ra kyat ini dimenangi oleh calon BN.

''Mujur BN menang, jika tidak menang saya akan cari wakil rakyat hingga ke lubang cacing," katanya sambil disorak oleh ahli-ahli dan pemimpin BN negeri.

Sehubungan itu beliau mahu se mua ahli dan pemimpin BN memberi sokongan tidak berbelah bahagi ke pada calon yang terpilih bagi memas tikan kemenangan BN pada PRU 13.

''Saya ingatkan sekali lagi jangan sabotaj calon kita. Beri mereka so kongan yang padu. Kerja bersung guh-sungguh, buat aku janji di da lam hati masing-masing bagi me mastikan parti kita menang pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

 Image Image
Image Image
Image Image
Image Image
Image Image
Image Image
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 02 November 2011 )
 
Karnival Sukan UMNO 2011
Ditulis oleh Perhubungan   
Thursday, 30 June 2011

Berjaya Pupuk Perpaduan, Kukuhkan Organisasi Parti – Menteri Besar

Image

Karnival Sukan UMNO 2011 yang berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Jun 2011 telah berjaya menterjemahkan keakraban, kerjasama dan kekukuhan UMNO di Negeri Sembilan

Berbagai acara sukan di jalankan seperti kejohanan golf, Futsal, Bola Jaring dan Bowling. Di samping itu gerakan Daftar Pemilih Baru juga di lancarkan sempena Karnival Sukan ini yang mana telah di sempurnakan oleh Naib Presiden UMNO, Dato Seri Shafie Afdal yang berlansung di Terminal 1, Seremban

UMNO Bahagian Rembau muncul juara keseluruhan Karnival Sukan UMNO 2011 menewaskan pasukan bahagian lain dengan mengumpul 13 mata.

Kemuncak bagi acara sukan ini telah diadakan ‘Majlis Makan Malam UMNO Negeri Sembilan dan Penyampaian Hadiah’ Karnival Sukan UMNO 2011 bertempat di Klana Resort, Seremban.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga  Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan di iringi Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin hadir  menjadi Tetamu Kehormat pada majlis tersebut.

Berucap di depan kira-kira 2000 ahli UMNO, Menteri Besar amat bangga dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh semua pihak serta amat yakin jika ianya dikekalkan maka tidak mustahil UMNO mampu memenangi keseluruhan kerusi yang di pertandingkan dalam  PRU 13 nanti.

Dengan semangat perpaduan yang di tunjukkan, pihak Perhubungan UMNO Negeri telah bersetuju menjadikan Karnival Sukan UMNO ini sebagai acara tahunan

Menteri besar berkata, kunci kejayaan UMNO  adalah bersatu padu , organisasi yang kuat serta kerjasama erat dari komponen parti seperti MCA, MIC, PPP dan Parti Gerakan akan menambah kekuatan seterusnya memastikan kemenangan di pihak BN

Menteri Besar dengan lantang menegaskan, pihak pembangkang boleh buat apa saja pada kerajaan tetapi jangan sampai orang UMNO bangun menentang untuk menghancurkan mereka kerana pasti akan terjadi keadaan yang tidak di ingini berlaku

Tambahnya, “ membujur lalu melintang patah, UMNO pasti bersatu serta anak muda mesti bangkit bersama-sama dan jangan sampai kita di katakan dayus”.

Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang serta menyampaikan hadiah-hadiah kepada semua pasukan yang berjaya dalam Karnival Sukan UMNO 2011. 

 

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 20 October 2011 )
 
JUARA RAKYAT
Ditulis oleh Perhubungan   
Thursday, 04 February 2010

JUARA RAKYAT - UMNO pejuang semua bangsa

Parti UMNO ditubuhkan bukan untuk menumbangkan sesiapa tetapi menjadi ‘pejuang tulen’ kepada semua bangsa di negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Dato’ Seri Mohamad Haji Hasan berkata, tiada satu pun agenda  perjuangan UMNO untuk memusnahkan bangsa dan negara sebaliknya berjuang untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Image Dato’ Seri Mohamad Haji Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata ‘Kuat UMNO, Kuatlah Barisan Nasional ( BN ). UMNO akan terus berjuang untuk semua rakyat menepati gagasan Satu Malaysia ilham Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang, Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Rembau di Dataran Rembau.

Katanya, Progran Juara Rakyat adalah sebahagian dari usaha untuk mendekati rakyat melalui kaedah berinteraksi secara bersemuka dengan turun ke padang

Dato’ Seri Mohamad Hasan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata, program yang berorentasikan rakyat itu juga mahu memperjelaskan betapa selama ini tonggak kejayaan UMNO adalah hasil pemuafakatan parti komponen BN.

Juara Rakyat akan menjadi agenda penting sepanjang tahun dan akan diteruskan mengikut tema yang di rancang. Menurut Menteri Besar, selepas DUN Chembong yang bertemakan ‘Pendidikan’, Program Juara Rakyat akan diadakan di DUN Rantau dengan tema ‘Kebajikan’

Berbagai acara dijalankan bagi mengisi program tersebut yang berlansung selama 3 hari 2 malam. Antaranya ialah Ceramah Motivasi bersama penceramah undangan Prof Dr Ahmad Luthfi Ismail PhD, melawat ke rumah pelajar yang mengidap penyakit kronik dan menghulurkan bantuan, gotong royong ‘sayangi sekolah’ dan tayangan filem wayang Pacak ‘Hati Malaya’,

Selain itu, Pameran Pendidikan juga di adakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar di Derah Rembau tentang kemudahan yang disediakan oleh Intitusi Pengajian Tinggi dan juga Kolej-Kolej yang beroperasi di Negeri Sembilan.

Terakhir dikemaskini ( Monday, 22 February 2010 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 4 dari 19

 

 

 

 

  Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan